TANGKAK: Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 42 kompaun berikutan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sepanjang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, setakat ini.
Menterinya Khairy Jamaluddin berkata daripada jumlah itu, 13 kompaun telah dijelaskan membabitkan nilai keseluruhan RM13,000.
"Walaupun ada 42 kompaun dikeluarkan, tetapi setakat ini pematuhan boleh tahan dan saya harap akan kekal sehingga hari pengundian nanti kerana yang penting kita mahu pengundi Johor keluar mengundi dan rasa selamat untuk mengundi," katanya selepas melawat Klinik Kesihatan Bukit Gambir di sini, hari ini.
Khairy pada masa sama meminta semua calon dan jentera parti yang bertanding supaya kekal mematuhi SOP terutamanya dalam soal penjarakan fizikal semasa sesi tinjauan dan ceramah.
"Penjarakan fizikal ni susah kita nak 'maintain' (kekalkan) satu meter sekarang, sebab itu saya maklumkan kepada penguat kuasa saya guna budi bicara dengan penjarakan yang munasabah," katanya.
Beliau berkata KKM mengeluarkan lima kompaun kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak atas kesalahan pelanggaran SOP, namun sehingga kini hanya satu kompaun telah diserahkan pada 8 Mac lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 10 2022
Menterinya Khairy Jamaluddin berkata daripada jumlah itu, 13 kompaun telah dijelaskan membabitkan nilai keseluruhan RM13,000. - Foto BERNAMA
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas
Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada warga emas.
Dua kakitangan KKM cedera, pacuan empat roda terbabas di lebuh raya
Kemalangan berlaku kira-kira satu kilometer daripada lokasi sebuah bas terbabas menyebabkan 41 penumpang dan pemandu cedera, semalam.
KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
KKM memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan.
Cuaca panas: Orang ramai tidak perlu risau, KKM sentiasa pantau keadaan - Dr Dzulkefly
Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM).
Cuaca panas: KKM akan umum jika perlu tutup sekolah
KKM akan membuat pengumuman termasuk mempertimbangkan keperluan penutupan sekolah berikutan cuaca panas melanda beberapa negeri.
Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
KKM batal notifikasi produk ZMY Magnetic Aura Night Cream mengandungi merkuri
Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik terbabit dengan serta-merta.